Selamat datang semua !

Salam semua. Terima kasih kerana sudi singgah menziarahi blog saya. Sudilah kiranya memberikan komen dan pandangan jika berkelapangan kerana itulah nadi kekuatan seorang blogger untuk terus menulis. Saya juga berazam untuk mengupdate blog ini sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Sila lihat di bawah untuk membaca entry terbaru daripada saya.

Posted in Peribadi | Leave a comment

5 bulan untuk berhenti kerja makan gaji…

Hari ini penat dengan orang yang complaint bertalu-talu. Esok plan nak sekolahkan aku dan brain wash aku plak. nak ajar tentang tegur katerer secara lisan dan bukannya macam email yang macam aku selalu buat. 

Aku rase aku dah cukup penat. dan mmg dah malas dan bosan nak hadapi semua ni. gaji yer besar. RM3,364.14 sebulan. Gaji aku UTAR dulu RM3,700. skrg pun aku kwsp same time aku kerja swasta dulu. jadi mmg kerja swasta lagi besar gaji. 

tapi macam sorang dr yang aku jumpa di sini cakap, die kate masa depan aku jauh lebih cerah kalau aku masuk universiti. okeyla. kita set up deadline dulu. deadline ialah 5 bulan daripada sekarang. oleh itu … 

10 may – hari ini. plan semua bisnes betul2..dan bulan ini kene dapat revenue at least RM1k. revenue pun okey..not necessary net profit. 

10 jun – income sebulan 2k

10 julai – income sebulan 3k 

10 ogos – income sebulan 4k

10 september – hantar notis benti kije. gaji sebulan dah 5k 

10 october – berhenti kerja

persediaan untuk berhenti kerja

  1. network. kenali org buat bisnes terutamanya yg sudi nak share dan jadi mentor. rajin pi konvensyen atau acara bisnes. kenali seramai org. 
  2. kesihatan. pastikan penyakit pulih 100%. setiap minggu komited utk pergi berubat. jagn puts jumpe dan jgn putus asa
  3. bisnes2- pastikan at least ada satu bisnes yg dah mula pulang modal dan making profit dan berpontensi utk dikembangkan. dapat 5 bisnes lagi bgs. 
  4. rakan bisnes- dapat 3 rakan bisnes yg baik dan berkongsi visi dan misi yg sama
  5. backup plan – nk kije ape kalau bisnes semua lingkup
  6. benchmark – fikirkan bisnes yg boleh bg income net RM4k sebulan.gaji ptd ialah 40,369.68 untuk setahun. 
  7. planning n action – setiap hari msti ada plan dan action utk capai cita2 buat bisnes fulltime. 
  8. belajar pndai2 bi – pi kursus
  9. belajar dari the best event organizer – pi kursus. dapatkan proposal mereke

kenapa aku nak quit?

  1. aku percaya bahawa diri aku sepatutnya mencapai lebih lagi daripada makan gaji dan menjadi kuli dan buat sesuatu yg aku tak minati.. 
  2. nak bawak mak dan ayah pi haji dan be proud of me for my acheivement. nak bagi mak ayah kete, rumah baru, pi umrah setiap tahun. bawak melancong pi oversea.

Things to do everyday 

  1. at least 30 minit untuk buat bisnes. fikir atau action
  2. baca tentang bisnes setiap hari. 30 minit. baca berita, biografi
  3. bincang tntg bisnes dgn nuriman at least 30 minit sehari.

Halangan kenapa aku tak quit lagi. 

  1. takde side income pun. 
  2. takde idea yg yakin solid pun. 
  3. takde network utk buat bisnes.
  4. takde ape pun nak jual yg org boleh beli
Posted in Uncategorized | Leave a comment

waktu mustajab utk berdoa

rebut peluang utk doa pda msa dan tmpat yg sesuai..

tmpat msjidil haram vs masjid bese

doa antara 2 khutbah

antara azan dan iqomah

jumaat

ramadhan

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Solat

Ini antara intipati khutbah tadi.

1. Solat pun susah?

Kita boleh berjam-jam di kolam memancing, 2,3 jam di kedai kopi dengan secawan teh, berjam2 tgk tv tapi nak spent 15 minit sujud kepada Allah pun takleh.

2. nak punctual pun susah?

Kalau dating, appointment bisnes, talk, tgk wayang, boleh berlari, berlapar nak tepati masa. boleh korbankan mende lain. tapi utk solat, sentiasa lewat dan tak tepati masa pun. Di manakah kedudukan nak mengabdikan diri kepada Allah dalam hidup kita ? Di level mana prioritinya.

3. beza kita dgn org kafir

kalau kita berada dgn non muslim. bila waktu solat dah abeh, die tak solat, kita tak solat.die tak tutup aurat, kita tak tutup aurat, die tak jage bts pergaulan, kita pun. so ape yg membezakan kita? so beza ke tmpat kita di akhirat sana nanti dgn tmpat dia?

4. didik anak

anak dari umur 4 tahun dah di ajar main bola, nyanyi.tapi kita abaikan pendidikan dia untuk solat.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pening

Memang benar…2 nikmat yang sering disia-siakan ialah nikmat sihat dan kelapangan masa. Awal minggu ini saya diserang pening kepala yang amat teruk. Nak bangun pun hmpir tak larat. Sarapan pagi pun ibu tercinta yang tolong bawakan ke atas. Tolong cubitkan roti kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Itu pun saya rasa tidak mampu untuk lakukan. Hanya terlantar.

Ibu juga yang tolong picitkan kepala. Alahai. Lega sedikit rasanya bila kepala dipicit 🙂 .  Tekak rasa begitu loya. Cuma mungkin tidak muntah kerana perut masih kosong dan sakit tidak begitu kronik lagi. Panadol ditelan dan tido sehingga tengah hari.

Alhamdulillah, makan tengah hari saya sudah boleh turun sendiri ke bawah. Selepas itu, telah lagi Panadol dan tidur lagi. Selepas makan malam, 2 biji Panadol lagi ditelan.

Itulah bila pening datang menyerang. Banyak masa dihabiskan di atas katil. Ibu yang tidak pernah pudar kasih sayangnya jugalah yang tidak penat dan jemu melayan anaknya ini.

Hargailah setiap masa yang terluang dan juga setiap hari yang kita dianugerahkan dengan kesihatan yang yang baik.

Posted in Motivasi, Peribadi | Leave a comment

Kos pengiklanan RM10,000. Berbaloikah?

Dalam menjalankan perniagaan, pelbagai kos terpaksa ditanggung. Antaranya ialah kos pengiklanan. Kos pengiklanan pada kebiasaannya, bukan sedikit. Sebagai contoh, kami (saya dan Khairul Anwar) pernah mengeluarkan perbelanjaan sehingga ribuan ringgit sebulan untuk mempromosikan produk kami yang berharga sekitar RM70-RM140. Itu hanya harga jualan dan bukannya keuntungan bersih lagi.

Jadi adakah berbaloi perbelanjaan yang kami keluarkan tersebut? Apatah lagi kadang-kadang, iklan yang dilakukan tersebut tidak mendatangkan hasil yang dijangka. Sebenarnya, berbaloi atau tidak pengiklanan yang dilakukan adalah bergantung kepada berapakah pulangan yang mampu dijana.

Jika kos RM10,000 untuk pengiklanan dan pulangan tambahan keuntungan hanyalah RM1,000, sudah tentu ianya tidak menguntungkan sama sekali. Tapi bagaimana pula jika dengan kos RM10,000, ia mampu menjana untung bersih untuk tahun itu sebanyak RM50,000? Untung bukan?

Apa yang penting adalah:

1. Cuba buat kaji selidik dahulu sejauh mana medium pengiklanan itu berkesan. Adakah ia menepati target market dan mempunyai viewer yang ramai?

2. Cuba dahulu dalam kuantiti yang kecil dan ukur keberkesanannya. Sebagai contoh, jika boleh iklankan untuk seminggu, jangan terus iklankan untuk sebulan.

3. Fikirkan dengan mendalam isi kandungan iklan. Lihat dan pelajari daripada iklan yang anda rasakan berkesan dalam menarik perhatian dan mempengaruhi anda.

Posted in Perniagaan | Leave a comment

TNC – Mingguan (28 Mei-4 Julai)

TNC tu apa? Tu la “Target and Celebrate”. Hehe. Ada juga orang gelar perkara macam ini sebagai “Wishlis” rasanya. Kalau tidak silap saya. Baiklah, TNC saya untuk minggu ini adalah :

  1. Habiskan buku “The 25 Principles of Success” oleh Jack Canfield. Ada 335 m/s. Satu hari dalam 60 muka surat kene bace. Banyaknya ! Huhu
  2. Mula belajar Bahasa Inggeris. Minimum satu hari 30 minit.
  3. Isi borang PTD, apply kerja lagi 20 di jobstreet dan hantar resume hardcopy ke 10 buah syarikat lagi.
  4. Updatekan laman web http://kedaicrocs.com/ . Perlu selesaikan term and condition, tambah link payment credit card banyak sikit, page untuk success dan failed payment dan lain-lain perkara yang berkait dengan part saya.
  5. Rangkakan satu blueprint untuk jadual seharian saya. Senaraikan apa perkara wajib untuk saya lakukan setiap hari.
  6. Minta semua gambar dari abang, ayah, Anwar (rakan kongsi perniagaan merangkap kawan baik saya) dan akak untuk dimasukkan ke dalam laptop saya dan juga facebook ayah saya. Tag sekali Mohd Fadli (anak kawan ayah saya).
  7. Senaraikan 50 perniagaan baru yang boleh dimulakan. Brainstorm sahaja. Mengarut sikit pun tidak mengapa.

Ok. Itu sahaja. Sikit sangat ke? Hehehe.

Posted in Peribadi | Leave a comment

Target n Celebrate

Ringkas sahaja bukan? Tapi ia sungguh menarik bagi saya. Semua ini saya peroleh ketika mendengar BFM. Sungguh bermanfaat.

No goals, no game. Hidup kita seharian akan menjadi tidak bermakna tanpa sebarang sasaran yang jelas dan ia menjadikan kita sukar untuk keluar daripada comfort zone kita. So, di blog ini saya akan sharekan juga matlamat mingguan atau harian saya. Tapi tidaklah setiap minggu atau setiap hari. Hehe.

Antara buku yang sangat bagus saya ingin cadangkan tentang menetapkan matlamat ini ialah buku hasil tulisan penulis terkenal Brian Tracy yang bertajuk “Goals”. Saya membelinya secara online daripada MPH. Bukunya menggunakan bahasa mudah dan dihuraikan secara ringkas dan padat. Tiada bab yang panjang berjela-jela.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Penat – Adakah ia berbaloi ?

Ada di antara kita yang seringkali penat..nak tdo..nak rehat..nak cuti..

Saya juga begitu. Apa yang perlu saya renungkan adalah apakah yang menyebabkan saya penat? Adakah ia dicatatkan sebagai amalan yang mendatangkan pahala atau pun dosa?

Indahnya jika seseorang itu penat kerana beribadat dan betapa malangnya seseorang yang penat kerana melakukan maksiat atau perkara yang sia-sia.

Saya masih ingat lagi dahulu ketika bekerja di Technology Park Malaysia (TPM). Awal pagi sudah keluar bekerja. Menaiki Star LRT dari Sentul Timur ke Stesen kedua terakhir di Bukit Jalil. Masuk ke pejabat sekitar pukul 9.30 pagi.

Bila jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam, baru keluar daripada pejabat. Tunggu bas transit untuk ke LRT dan tunggu pula LRT untuk ke Sentul Timur. Sampai di rumah sudah lewat malam. Belum puas lagi tidur, sudah perlu bangun untuk bersiap ke pejabat.

Itulah rutin harian saya dahulu. Sempat juga sebulan berpuasa di TPM. Tarawih di masjid? … Memang saya penat. Tapi semua itu tidak menyumbangkan apa-apa yang signifikan untuk bekalan saya di dunia yang kekal abadi kelak.

Ada juga insan yang penat kerana membuat perkara sia-sia yang lain. Apa yang lebih teruk lagi, penat melakukan maksiat (iaitu apa sahaja perbuatan yang berdosa). Saya mempunyai pengalaman melihat pasangan remaja yang tidak segan silu berpeluk dan berciuman sambil beratur membeli tiket wayang siang hari di bulan Ramadhan yang mulia. Apa pula lagi yang dilakukan ketika di dalam panggung yang gelap gelita.

Akhirat nanti penuh dengan kejutan. Mungkin kita terkejut kerana amalan baik yang kecil memberikan ganjaran yang besar atau pun maksiat yang kita rasakan remeh memberikan timbangan dosa yang tidak tertanggung oleh kita. Adakah kita ingin membiarkan perhitungan di hari akhirat kelak penuh dengan teka teki. Berusahalah. Masa masih ada. Berapa lama kita tidak tahu. Mungkin sepuluh tahun, mungkin setahun, mungkin sebulan, mungkin sehari.

Semoga ada hari-hari nanti saya penat kerana perkara yang mendekatkan diri saya dengan Allah sehingga tidak larat lagi untuk melakukan apa jua maksiat.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Mengapa saya menulis blog

Antara tujuan utama saya menulis blog adalah untuk menzahirkan apa yang bersarang di fikiran saya. Saya ingin berkongsi dengan para pembaca. Saya juga ingin mengingatkan diri saya tentang pelbagai perkara.

Diharapkan agar blog ini dapat memberikan manfaat kepada diri saya dan juga kepada para pembaca. Apa yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan yer.

Blog ini juga sebenarnya akan menjadi satu log kepada saya. Saya dapat melihat kembali ke belakang apabila masa telah berlalu tahun demi tahun.

Posted in Uncategorized | Leave a comment